BLOG DITUBUHKAN PADA ---> "18/4/2011" DI KOLEJ KENANGE K103 SHAH ALAM DAN COMPLETE JAM 5AM

Cikgu Sayang Kamu

Showing posts with label -April 2011. Show all posts
Showing posts with label -April 2011. Show all posts

Sunday, 1 May 2011

JENAKA-Kalau Abang Meninggal / Kalau Ayang Meninggal

Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.


Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”


Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”


Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…


sempat tak kalau nak kahwin?

assalamualaikum..
entry yg ringkas jer..eh ringkas ke?blom tulis da cakap ringkas ehehhe...memandai jer...anak sapo la ni...em...entry kali ni tajok nyer macam kat atas
.
"sempat tak kalau nak kahwin?"
ape nak buat eh kalau kiter dapat tahu kiter ader secret admire?patot tak kiter bermekap2 berhabis-habisan.pakai pakai pakaian cantik?em...sebnarnye nyer saya nak bgtahu..tadi 


petang sy pi kenduri kawen..punyer la gatai nak kawen (calon pon takde lagi tettttt!!!!!!!)lah...nomal la..org kawen kiter pon same sibok nak bermekap2 bagai. tapi saya tak mekap sgt pon. ala kadar jek.punyer la pakai baju kurung macam nak pi makan kenduri. padahal bile sampai kat majlis. sume pakai sua then stat
"gosok..jgn tak gosok2 gosok!!besen yang 1 gosok!!!"
adeh!!!tenampak la mak saya ngah gosok besen.mak nak amik berkat kowt gosok besen ne la tau anak dara dia ni nak kawen pulok. ader la pengalaman erkkk!!!motive??time anak kawen kene gosok besen?ok abaikan...
hmmm...ni nak bgtahu....bile tgok wajah pengantin laki..sejuk jer hati ni..tgok muke pengantin perempuan pon sejuk jer hati ni...rase nak jugak bakal suami yang sedap mata memandang.dan sejuk je mata ni pandang..sampai tak mo pandang tempat lain
(bukan pandang mata jd sejuk tau.kalau tak tahu kate2 kiasan ni leh bukak kamus bahase dan pustaka ngeee~~~) 
 
jadi ape yg saya nak cakap kat sini. pas balik dari kenduri....dok terfikir2...mampu ke kiter ni mendapat pasangan yang kite hajati.mampu kah kiter ini mendapat pasangan yang diredhai.mampu ke kiter eh?
p/s:so lepas ni..tiap2 kali solat nak wat solat hajat la. mintak doa pada Allah....diberikan pasangan yg dapat membimbing kite...
ingat!!!rupe bukan ukuran kebahagiaan
ok cantik tak gambar ni?huduh kan?hahhahaha....engat nak lukis gambar laki bg love kat gurl then tetibe jdi!!!jd cenggini mmg failed betui melukis gune paint

Saturday, 30 April 2011

kalau org tye...boleh la cikgu cakap lagu ni...

selamat malam....
ai takkan nak tido da kowt...meh la sini cikgu nak citer..ceciter..ceciter.. 
(sambil tgn dihayun dengan lemah dan gemalai...)
minggu lepas cikgu da angkut sume barang2 cikgu balik umah...sume2 la..dari yang kecik2..sampai la sebesar alam...ok sila abaikan apekah yg besar itu. sebab yang besar gedabak itu adalah selimut cikgu.then cikgu balik umah. mulelah cikgu jadi anak dara yang palaing rajin didunia. semu keje cikgu buat. contohnya buat sepah taknak kemas. membuta sampai tengahari..sehinggalah tgok tv sambil makan epel. ok mmg pemals cikgu cinta ni. tah camne leh dapat gelaran cikgu cinta tah.
then petang keesokan harinyer kowt...ke ptg after balik tah. cikgu lupe la ok abaikan. cikgu tanam pokok belakang umah.cikgu korek tnah...then cikgu tanam pokok.pastu ader la jiran cikgu namenyer puan magesh kuar..then dia nampak cikgu...nak tahu dia kate ape?eh bukan cikgu yang ckp yer...dia yg cakap..nak tahu dia ckp ape?dia ckp ni
"sudah hbis blaja ka....sudah balik...sudah putih ya sekarang...."
aik...so selame ni cikgu gelap la yer??toing..toing..toing!!!tetibe rase macam kua mentol jer kat cikgu punyer kepala.cikgu teringat yg cikgu pakai garnier hehhe...pasni kalo org dok tego nape cikgu putih semacam macam jatoh dalam belas tepong leh la cikgu cakap cenggini

"usia??ramai yg tak percaye"

eh!!!silap ni trademark safi patotnye cikgu cakap cenggini

"kulit 2 tona lebih cerah...ukurlah sendiri" 
 


JOM BLOGWALKING

assalamualaikum...

welcome back murid2....hari ni kene stat kelas sebab ape?dah seminggu kan kelas cikgu cinta ni bercuti..ngeh..ngeh...ngeh...

rini cikgu baru dapat brodband..yeayyy!!!rse nak lompat n guling2 atas katel...hehhehe...sebab dapar brodband.so nak bls dendam nak post entry sejuta..leh tak?bia sume org bosan ngan cikgu cinta. then nak post banyak2 kat sahabat balogger hehhe...bia kene spam!!!

em..so lagi sejam...nntikan entry2 terbaik dari cikgu cinta yer...bukan mengenai cinta..tapi mengenai "keputihan" keputuhan apakah?oh..tidak2!!!jgn la berfikiran kotor murid-muridku sayang...yer...ini entry terjamin mutu dan keberkesananya..dan positive serta ditakini oleh jenama yamaha...erk...sorry merepek maybe sebb cikgu tak mandi dari pagi tadi

(^_^)

Belajarla menjadi pensil cu...





Seorang nenek menceritakan perihal sebatang pensil kepada cucunya.


"Cuba cucu lihat dan pegang pensil ini" kata nenek sambil memberikan pensil itu kepada cucunya. "Pensil itu hanya bergerak ikut arahan dan gerakan kita. Pensil ini juga mempunyai berbagai kualiti seperti yang terdapat dalam diri kita".


Begitu juga dengan ...kita. Kita digerakkan dan dipandu oleh sesuatu yang berkuasa kepada kita. ALLAH SWT yang menjadikan kita. Kita digerakkan dan diberi arah panduan olehNya. TanpaNya kita statik dan kaku.


Kedua, pensil ini perlu ditajamkan supaya ia menjadi lebih berkesan. Sekalipun perit sedikit kerana diasah namun dia menjadi lebih berguna dan efektif. Begitu juga dengan kita yang sentiasa perlu mengasah dan menajamkan diri kita dengan ilmu dan kemahiran supaya menjadi lebih berupaya.


Ketiga, menulis dengan pensil membolehkan kita memadamkannya jika terdapat kesilapan. Membetulkan kesilapan bukanlah sesuatu yang tidak baik tetapi membawa kita balik kelandasan yang betul dan lebih baik. Input kesilapan dalam minda kita perlu dipadamkan dan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.


Kualiti keempat, sebatang pensil ialah bukan kayu yang menjadi kulit luarannya. Yang penting pada sebatang pensil ialah "carbon" atau "graphite" didalamnya. Tanpa "carbon" kita tidak dapat menulis. Jadi pada kita yang penting ialah bukan luarannya, tetapi apa yang berlaku didalam diri kita. Kita perlu teliti dan kawal minda kita.


Kualiti yang kelima ialah sebatang pensil yang digunakan dengan baik akan meninggalkan tanda yang hebat - cerita, sajak, cerpen, pengkisahan sejarah, perancangan perniagaa, dll. Kita juga akan meninggalkan legasi satu hari nanti. jadi tinggalkanlah legasi baik yang akan dikenang sepanjang zaman.

Friday, 29 April 2011

Cara Memutuskan Hubungan Cinta


Pelajar: Kami tidak berzina!
Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
Pelajar : Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?
Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.
Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani) . Syaitan akan menghembus perasa an berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.
Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.
Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

nak cerita lebih lanjut clik sini---> sini

Thursday, 28 April 2011

-KALAU AWAK SYG SAYE..AWAK TAK BUAT SY MACAM NI-


Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..
Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..
Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..
Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??

Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..

awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..

tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu???

Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu???

Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~

Wednesday, 27 April 2011

sorry....da kecewekan awak..sy dapat SURAT CINTE dari secret admire....



maaf....saya dapat surat cinte...dia mmg ikhlas sukekan sy..selalu bg surat..letak bawah pintu bilik..tiap kali balik office....ader surat..dia soh sye pulangkan baju dia...saya tak tahu baju ape...sy tak kenal dia....betulkah dia suke kan saye???sila lihat surat cinte yang sebenar benarnye.....sy tekejut sampai sy tekoyak surat tu sy buat..
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'





SILA KEMBALIKAN BAJU TRACK

PERINGATAN KALI KEDUA!!!

eja name abah  pon salah..ni yg nak marah ni

P/S:dulu mase sukol dia bg pinjam bg kolej b4 balik kg baru pulang heheh

Tuesday, 26 April 2011

Segmen : Perkara yang anda tidak boleh lupakan bila bicara tentang SEKOLAH !

nak join?klik banner

harini taknak jadi cikgu leh tak?nak jadi saya...ape takleh??asal plak..kan skolah cuti ngeee~~~~

Ok..kenangan zaman skolh yang tak dpt dilupekan..byk..byk sgt…tapi cikgu nak share cerita..yang cikgu takkan lupe sampai bile2…kelaka sgt…


Ok cikgu mulekan ngan cerita time cikgu tingkatan 1 tak silap…ader la cikgu skolah cikgu ni name dia jacob’s..nyum2…dia ni india kowt..gelap…perut boroi…cikgu tak suke dia…then cikgu kelas cikgu name cikgu jaya. Dia ni mmg bersahabat baik la ngan cikgu Jacob ni. Kowg pon sedia maklum time skolah dulu. Ade je…cikgu2 nak buat duit…derma itu lah..kutipan inilah…ader satu hari cikgu jaya soh cikgu bayar 2 ringgit. cikgu takmo..cikgu lari…cikgu jaya ni pegi mengadu kat cikgu Jacobs. Then cikgu Jacobs keja cikgu…mase tu cikgu kat tingkat 1. Kelas cikgu tingkat 3. Cikgu jacob tarik telinge cikgu..naik tingkat 3 sampai kelas pakse cikgu bayar..adoi…cikgu pon bayarla..duit kene kebas tak kisah…tapi yang cikgu geram!!!
Bekas tangan cikgu Jacobs tarik telinge cikguader kesab wane HITAM!!nampak sgt tgn dia koto and tak basoh..hahhaha…tu la yang cikgu tak dpt lupe. Dgr cite dia da jd guru besar kat skolah tamil


Cite kedua mase tingkatan 4. Kelas biologi..nak kaji sel kulit tumbuhan ngan haiwan…kitaowg dak perempuan tubuhkan group.then tgok la menggunakan microskop…then kitaowg amik sel pipi plak…2 jam berlalu…mase kelas bio pon da tamat..then cikgu tgok dak laki bekumpul ramai2..macam ader pojek BIK PUNYAA…!!!!!!!!!dgr gak diorg ckp


“ni baru betul2 bakteria!!!”


Erk!! Ape tu?ok abaikan…bile cikgu n kawan2 sampai kelas cikgu tye member cikgu ape yg bacteria. Then member cikgu ckp


“si wan…korek hidung…letak kat microskop…then dia telek la taik idung ni..nak kaji sel”


Uwuueek…..!!!!!!!nak muntah..sape la pelajar junior yang malang menggunakan microskop betuah tu hahha


Sebenrnye byk lg…tapi cikgu da penat kang big boss marah plak. Kenangan byk sgt. Over tau:P 

Sapa Kata Cinta Itu Buta?

assalamualaikum....

topik kali ini..sapa kate cinta itu buta?sape?ce angkat tgn cer angkat tgn. ok sila turun tgn..sebab saya nampak something yang BERSEMAK di dalamnya (hahhaha...ok2...kiddding2)ok2..sile salin esei ni...
 
*****************************************************

Siapa kata cinta itu buta?
Jelas-jelas cikgu boleh melihatnya. Matanya yang bulat, hidungnya yang mancung, bibirnya yang mungil. Rambutnya yang hitam, jarinya yang lentik, kulitnya yang putih. Senyumnya yang manis, gerakannya yang anggun. Sungguh cantik sekali. Tak heran kan kalo cikgu mencintainya.

Siapa kata kalo cinta itu buta?
Kalo bisu, mungkin ya. Seperti waktu ini. waktu kita berdua duduk berhadapan di café ini. Tak perlu cerita, tak perlu kata-kata. Hanya ditemani 2 cangkir cappuccino. Cukup diam dan saling pandang, perasaan cinta itu tetap ada.

Siapa kata cinta itu buta?
Kalo tuli, mungkin ya. Entah sudah berapa lagu terputar disini, tak ada satupun yang cikgu dengar. Entah sudah berapa kali handphone ku berbunyi, tak ada satupun yang cikgu hiraukan. 

kalau cinta itu buta..kita takkan mengenali erti cinta...sebab perasaan cinta itu yg buta.
(geli la plak cakap cinta2 cam gini)