BLOG DITUBUHKAN PADA ---> "18/4/2011" DI KOLEJ KENANGE K103 SHAH ALAM DAN COMPLETE JAM 5AM

Cikgu Sayang Kamu

Monday 18 April 2011

Tudung Akhir Zaman....



assalamualaikum...
cikgu jumpe ni kat fb kawan cikgu yg agak2 alim...cikgu nak share la..cikgu ni pon nak kate perfecr bertudung tak la....pakai tudung..tapi ader gak yang tak sempurna. kat sini cikgu nak share la sikit kat kowg..jdkan pedoman..yang tak elok jadikan sempadan  ok....

**********************************************************************

1. Tudung ‘Mickey Mouse’ -
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2. Tudung Lilit -
Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3. Tudung ‘See Through’ - 
Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat, kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.

Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4. Tudung Jambul -
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

5. Tudung ‘Singlet’ -
Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum. Tiada kelongaran hukum tentang
penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6. Tudung Saji - 
Sekejap pakai, sekejap tidak. Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung
mengikut keperluan situasi.

sila baca untuk kebaikan bersama


Assalamualaikum...
bab tutup aurat ni..menjadi keutamaan setiap muslim. cikgu yang pakai tudung ni pon. ader gak bahagian yang tekurang..Wallahualam....entry ni cikgu amik..dan cikgu mohon share....dari saudara khairul..kalo tak silap cikgu. cikgu jumpe blog dia mase cikgu sebok cari gambar tok artikel blog cikgu ni.so...jomla...kita same2 bace..dan insafkan diri...
********************************************************************************

Sejak akhir-akhir ini, sy seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi. Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.

Kan cantik kalo pakai tudung macam Oki nie...=)

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
"Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"

Jawapan:

Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling. [1]
2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
"Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!"
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:

Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka? Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi) [2]
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:


nak jawapan leh pegi ---> SINI

-AIR MATA CINTA-





Usah bazirkan air matamu dgn menangis akibat kegagalan dlm b'cinta,,,tp bazirkanlah air mta mu dlm d0a kudusmu m'hadap ALLAH smasa sujud tahajjudmu..



la tahzan..

jgnlah kamu bersedih2 apabila putus cinta..

jgn lah mngs hnya krna seorg laki @ prempun..
bersbrlah dlm mghdpiye..
...mugkin akn jmpe yg lebh baik dri sblmye...

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Dalam kte melangkah, kadang kala diuji dgn ujian..terasa berat,sehingga kte terduduk,dan menangis..peritnya terasa..tp ketahuilah,dan renungkanlah kembali ke dlm diri krn...mungkin air mata yg mengalir itu hadir krn DIA mahu kte menjahit semula sejadah iman kte yg terkoyak,lantaran ada langkah2 yg tersasar dari landasan yg sepatutnya..SALAM 
MUHASABAH....(^,^)


Allah tlh merancgkn yg terbaik tuk kite..

Cinta dan Dendam?jom kita kupas bersama



 mase kat pagoh joho..cikgu godek2 la...majalah remaja...tahun 2002 punyer...cikgu b'minat ngan tajuk DENDAM SELEPAS PUTUS CINTA  so..kat sini cikgu nak share la ape yang cikgu bc..kekadang ade la gak tekene batang idung sedirik. so cikgu nak tye adakah ia tekena pada batang idong kamu sendiri?

**************************************************************************

PEREMPUAN

perempuan ni kalau putus cinta..diorg akan cepat merasa emotional..murung..dan cepat rase nak bals dendam dan sukar nak cari pengganti.bukan sebb teringat lagi..tapi trauma dengan  kisah lame...diorang memerlukan mase untuk hati itu pulih...perempuan ni jugak...mms ader sifat dendam yang mendalam. kalo putus tu..mmg putus langsong no kawan2 lagi dah. jadi musuh tros.then perempuan ni jugak....kalo time putus  mmg payah la nak kaple lagi. and diorg ade taktik. kalo la time diorg ngah jalan ngan laki lain tetibe tejumpe la plak bekas ex diorg...mmg la rase kemenangan ditagn diorg sambil cakap dalam hati

(eleh..ko taknak aku..beribu lagi nak aku tau.ape ko engat ko ansem sgt ke?)

dulu syg sekrang da putus mmg giler2 benci..menci2!!!jeritan batenku berkate :P.perempuan ni juga kalau da putus sebolehnya dia mals nak kenng kenangan bersama bak lagu jamal

kenangan manis kau da aku..
takkan ku lupa..
duri ranjau dalam bercinta..
 lumrah dunia...

eh silap lagu plakss.. patot lagu ni...laluna

bantu aku...membenci mu...
ku terlalu mencintaimu...

benci2 jugak dalam hati...tapi kekadng aishh..payah la nak cakap...perempuan nu jugak boleh diklafikasikan sebagai seorg yang pemarah...kalo time putus seboleh mungkin diorg tunjukkan riak wajah hampa diorg..takpon..cite kat member2...murung je manjang....



LELAKI

berlainan pula dengan lelaki...lelaki..ni lebih cool dan relas..tak kisah la diorg cepat dapat pengganti biapon baru putus..time diorg putus..diorg lebih suke buat hal sendiri dan diorg tak tunjukkan muke moody diorg. diorg gak akan cepat dapat pengganti sebab tu la cepat je terjadinya

si anu....IN RELATIONSHIP ngan si ana..

cepat toi. aishhh..ni boleh mendatngkan kemarahn...prinsip diorg bunga bukan sekuntum. ok yang ni bukan cikgu yang ckp ok...yang ni majalh remaja yang cakap. prinsip laki more kepada

"touch n go"

ok!!!giler kejam statement tu.

jenaka-->aku tak bisu...


assalamualaikum...harini mood cikgu ok..hahah..gelak guling2 cikgu bace entry ni...jom bace nak tak?
Alkisah ada seorang perempuan bisu yang sudahpun
berkahwin, pada suatu hari, dia telah ke supermarket untuk membeli
daging, tetapi disebabkan dia bisu, dia mempunyai kesusahan untuk
berkomunikasi dengan para pekerja di sana.

Disebabkan begitu, dia membuat keputusan untuk memanggil kashier masuk dalam bilik.

Pada
hari yang pertama, dia nak beli dada ayam. Dia pun panggil kashier tu
masuk dalam bilik sulit, pompuan tu bukak baju dia, tunjuk kat dada
dia, pastu buat aksi ayam. Kashier tu pun paham, then dia pun kasi dada
ayam kat dier.

Next day, dia nak beli paha ayam. Dia pun panggil
kashier masuk bilik, dia angkat skirt dia, tunjuk kat paha dia, pastu
buat aksi ayam. Kashier tu pun paham, kasi dia paha ayam.

The next day lagi, dia nak beli hot-dog. Dia pun bawak suami dia.

Soalannya ialah:

Apakah isteri tu akan buat?


















Fikirlah....




















Fikir.......















Tak tau?


















Dia suruh suami dia cakapla sebab....suami dia tak bisu..
Apa yang korang fikirkan ha?

BEN ASHAARI BIKIN FILEM : THE BLOGGERS


AMARAN:DILARANG SENTAP MENYENTAP.INI ADALAH LAKONAN SEMATA-MATA..IMAGINASI SI CIKGU CINTA


alamak!!camne nak wat cite ni?dah la follower baru ader 14. si teruna pon baru bape kerat so. cikgu engat nak amik jek blogger2 kat segmen ben ashaari ehehehhe...leh tak?asal tak boleh?eee....over tau....aishh..letehnye cikgu mencari blooger laki...nak wat blooggger pompuan  tapi gambo sume laki...so ini ceritenye ye..kisah seorg guru bernam tok esah.yg sudah tua lagi kerepot...mempunyai 8 org murid.murid-murid ini dimasukkn ke kelas "peralihan" sebab aktif melampau. terutamany ben ashaari dan hakim.yang lain2 pulak pot-pot pot-pet...mul0t macam pertih jagong jom la kiter tgok cite fantasi cikgu..

blogger 1: BEN ASHAARI
blogger 2:JIJI
blogger 3:TOK ESAH
blogger 4:YESPEPOL
blogger 5:HAKIM
blogger 6:WOFERSTORM
blogger 7:DARXNIQ
blogger 8:MAT GEBU
blogger 9:HASRUL

kisahnye bermula di pagi hari...pukul 9 pagi...di kelas 2 huru hara.sekolah tonggang tebalik..kelihatan..cikgu tok esah masuk dan mencari2 anak-anak muridnya...

cikgu tok esah pon duduk ditempatnye.dan memanggil anak2 muridnye

"ben ashaari,hakim,mane keje skolah matematik.kamu jer yang tak hanta lagi.org lain sume da hanta"

dengan tekedek2 ben ashaari pon datang dengan hakim

"kite lupe nak buat cikgu. semalam kite balik skolah mak kite soh kite tido.mak kite tahu kite penat.pastu kite bngun tido adik kite ajak main game.bile kite main game kite leteh kite tetido.cikgu esah takleh marah kiter. sebab mak kite kate dayus cikgu marah murid"

cikgu esah bengang.tapi takleh marah. cikgu esah tye hakim pulak.hakim pon jawab

"kite la adik ben ashaari.kiter adek kembar dia.kiter la yg ajak dia main. cikgu tak leh marah dia.sebab kiter yg ajak dia main"

cikgu esah betambah bengang dan memanggil mat gebu

"mat!!!bawak rotan"

mak jalan dengan lenggang lenggong sambil.amik rotan kat belakang kelas.tetibe ben ashaari jerit

"kalo ko bg rotan kat tok esah!!!kite taknak beli nasi lemak awok.kiter gtahu mak kite. yg awak selalu jual nasi lemak mahal kat kite. walaupon kite tahu. awak jual mahal pon kite beli gak"

tetibe hakim ,hasrul dan darxniq pon dtg ke depan.

"cikgu!!ben selalu buli kitaowg.kite bako je dia cikgu"

ben dengan muke malu2 kambing kate

"ko bgtahu cikgu kite buli ko.kite taknak main masak2 ngan ko"

cikgu esah mule bengang ngan perangai ben.dia menyuruh ben ketok ketampi.ben taknak. ben lari keliling padang.tok esah jerit

"jiji!!!pg panggil cikgu kamal ngan cikgu talib.kate kat dia ben mengamok dalam kelas"

jiji pon pnggil cikgu kamal ngan cikgu talib.tetibe cikgu talib besuare

"cikgu esah tak leh marah ben!!!saya bapak dia.."

cikgu esah menggigil ketakutan sampai tekencing2!!!tetibe...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
CUT!!!!kata pengarah....(leh bayang ben ashaari main masak2??)

maaf bayk2...dengan karya merepek ni...cikgu merepek2 jer...
(^_^)

TOLONG BALAS!!

Assalamualaikum...

tadi saya jalan..jalan...lepastu saya terjumpe surat cinta..macam surat cinte anak murid cikgu..tegelak2 cikgu tgok...hmmm...lain kali nak becinta bia betui2 matang..kali tak matang jd camni la.(sambil gelak guling2 atas sofa)

bercinta lepas kawen atau sebelum kawen


leh klik header diatas kalu nak join...

em...cikgu nak bg pendapat cikgu la..sebagai seorg guru..(ececce....berangan toi anak dara ni nak jadi cikgu)cikgu pilih bercinta selepas kawen la..banyak manis dari pahitnya...kalau nak soh cikgu buat karangan panjang ni..cikgu kan cikgu tatabahasa...ok camni...

bg cikgu...bercinta selepas kawen..byk kebaikanya...terhndar dari maksiat...dosa pon tak buat...ump..kalo becinta seleps kawen...makan bersuap..ayang..sayang...bak kate org..dah takde madu dah selepas kawen

tapi kalu selepas kwen. nak beromantis...pon tak kisah...nak pegang2 pon tak dosa...lagipun Allah tak suke org yang buat maksiat...maksiat tu kan kawan syaitan...so..bg yang belum berkaple cikgu nak nasehat tak yah la berkaple2 ni..cinta kan dtg sendiri...cikgu nasehat bukan tok anak murid sahaja..tapi tok cikgu jugakk..:)

semua perkara halal yang dilakukan akan diberkati Allah percayalah...


Cinta Umpama Menunggu Bus

assalamualaikum

sedikit entry hari ini....persoalan tentang cinta...cikgu pon tak pandai sgt...tapi bila cikgu bace entry ni...cikgu tersedar sendiri....jom bace sesame:)



Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak, "Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awaktunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.
Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.

Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm... tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadik, mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?

Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

... .Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam



nak tahu cite setrusnye clik sini--> sini

saya sedih...hampir menitiskan air mata...


(ni la gambar dia lukis..cantikkan??)

assalamualaikum...saya sedih...sedih sgt...actually blog cinta ni terjadi..seleps blog saya terdelete url nya...dan blog lame yang mempunyai beratus2 pengikut..hilang dalam sekelip mata..sedih..sape tak sedih..hasil usaha gigih saya selama berbulan...bulan...join aktiviti sane sini..tinggal kenangan...

sedih sebenarnye..bila terbaca entry blogger ni..tapi nak buat camne...sume da jadi...saya takkan dapat follower sy balik..dan sy harus berubah dari bawah :(

so dengan ini...saya cube..akan cube utk menaikan semula blog ini...identiti terpaksa diraseakan...bg yg da tahu...takpela...tapi saya betul2 sedih kehilngan blog yg lame tu...macam hidup tnpa nyawa...dan saya dilahirkan semula..sebagai

"cikgu cinta"

Pengalaman Mematangkan~~~


assalamualaikum...sedikit entry pada hari ini...khas tok tatapan anak murid yang masih bercinta. jom kite bace sesame. cikgu karangkan khas tok anak murid kesayangan cikgu :)

hmmm....cakap pasal cinta ni..sakit hati ..macam disiat2...dirobek2....dan macam disepak2 hati seseorg yang suci murni ..tapi bg pasangan yang manis nya bercinta...kali berjalan pon rase macam berpijak di taman bunga...jalan2 di taman bunga...sambil memegang tangan tersayang...

i syang u...
u syang i tak...
jgn tinggalkan sy ye wak,,,
sy sayang kan awak...family saya da tahu hal ni..kawan2 pon da penah jumpe awak...kalo putus malu la...

tak pon...antara dialog yang seringkali kite lafazkan

awak...rindu...jum jumpe..wat pe tu?
awak...makan ape?taknak suap sy ke?

mase bercinta indah la..da putus geli anak tekak cikgu bile cikgu bc balik.semalam cikgu kua ngan member cikgu...dia brain wash otak cikgu...dia kate...jgn memilih..sape2 nak kenal amik je peluaag tak dtg berkali2. tapi camne nak terima kalo luka lama berdarah kembali?macam mane nak terima kalau hati sakit lagi. macam mane nak terima kalau hati yang dulunye cantik akan berparut sekali lagi. macam mane nak terima kalau dah takde walau seinci ruang dalam bercinta??

cikgu bukn menuju pada diri cikgu...tapi kite harus sedar...ok kalau nak dibuat kajian. zaman serba moden ni ramai sungguh pasangan yang menduda dan menjada. cube compare zaman mak2 kite dulu. ader ke kawen cerai?kurangkan..sebab?cinta berlandaskan islam...no dating2...buat ape nak jumpe kalo sekadar nak buat dosa..mmgla jumpe sekali tak buat ape2..tapi2 tersentuh sikit takkan takde..tenung2..renung2...then terkelaur dari bibir si lelaki

"mata awak cantikla.."

ha!!!takkan ke da dosa tu?so jauhila..bende2 ni sume...cikgu mula memtangkan diri cikgu...mmg sunnah nabi untuk berkahwin...tapi biarlah jodoh dtg sendiri..bukan kita mencari...malas rasenya nak kenal2 ngn esiapa jika kehadiranya sekadar menyakitkan hati.. utamakan la keluarga InsyAALAAH...kalau takde couple pon..kita maseh lagi boleh mengadu pada mak abah..kakak abang...

stop it!!!

zina mata

cantik la awak la hari ni..body awak..em....
mata awak cantikla...
bibir awak...nipis n comel...

(pernah melalui ayat2 ini?ini zina mata....anda seronok anda berdosa)

zina telinga

rindu la kat awak..rasa nak plok jek...
sayang..buat ape tu...ngah mandi ye?mesti seksi...

(seronok dengar?bila lelaki mebayangkan badan perempuan anda kaum hawa yang berdosa...)

zina hati

berhasrat membayangi pasangan....bayang ape2 la yang membuatkan korg @@$%#^*^&$


p/s:
tiada istilah kaple yer anak2 murid...semuanya adalah nafsu semata-mata...yang tengah bercinta cikgu doakan awak semua kekal amin...


-KALAU AWAK SYG SAYE..AWAK TAK BUAT SY MACAM NI-



Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..
Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..
Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??

Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..

awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..

tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu???

Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu???

Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~

Belajarla menjadi pensil


khas untuk anak murid yang dikasihani...cikgu nak cerita sikit pasal pensil ni...muqadimah tengahari...perut cikgu pon da lapa..da begendang gendung ni ..tapi takpe.moh la kite bace cite ni dulu yer...

 

Seorang nenek menceritakan perihal sebatang pensil kepada cucunya.

"Cuba cucu lihat dan pegang pensil ini" kata nenek sambil memberikan pensil itu kepada cucunya. "Pensil itu hanya bergerak ikut arahan dan gerakan kita. Pensil ini juga mempunyai berbagai kualiti seperti yang terdapat dalam diri kita".

Begitu juga dengan ...kita. Kita digerakkan dan dipandu oleh sesuatu yang berkuasa kepada kita. ALLAH SWT yang menjadikan kita. Kita digerakkan dan diberi arah panduan olehNya. TanpaNya kita statik dan kaku.

Kedua, pensil ini perlu ditajamkan supaya ia menjadi lebih berkesan. Sekalipun perit sedikit kerana diasah namun dia menjadi lebih berguna dan efektif. Begitu juga dengan kita yang sentiasa perlu mengasah dan menajamkan diri kita dengan ilmu dan kemahiran supaya menjadi lebih berupaya.

Ketiga, menulis dengan pensil membolehkan kita memadamkannya jika terdapat kesilapan. Membetulkan kesilapan bukanlah sesuatu yang tidak baik tetapi membawa kita balik kelandasan yang betul dan lebih baik. Input kesilapan dalam minda kita perlu dipadamkan dan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Kualiti keempat, sebatang pensil ialah bukan kayu yang menjadi kulit luarannya. Yang penting pada sebatang pensil ialah "carbon" atau "graphite" didalamnya. Tanpa "carbon" kita tidak dapat menulis. Jadi pada kita yang penting ialah bukan luarannya, tetapi apa yang berlaku didalam diri kita. Kita perlu teliti dan kawal minda kita.

Kualiti yang kelima ialah sebatang pensil yang digunakan dengan baik akan meninggalkan tanda yang hebat - cerita, sajak, cerpen, pengkisahan sejarah, perancangan perniagaa, dll. Kita juga akan meninggalkan legasi satu hari nanti. jadi tinggalkanlah legasi baik yang akan dikenang sepanjang zaman.

Jom kenal lelaki yang bukan CALON SUAMI


Tanda2 Lelaki Yang Tidak Baik:

  • Bila laki tu cakap,
Awk...walaupun dah berbelas tahun bersama awk...sya tak penah ada org lain...hanya awk sorang sj...”

Then girl tu tntu jawab, “awk tak borink, ek??”

Laki tu tntu balas,
“saya tak penah borink ngn awk...awk cute...dr dulu smpai skrg..”.

Dlm msa yg sma, laki tu angkut girl tu ke hulu ke hilir cam bini dia..mmg ar dia mngaku tak borink...puas hati asalkan ada girl yg tman dier. Girl tu tak cute pown..sj puji spy dia rsa syok nk lyan....then sbnarnya waktu girl tuh tak ada...dah rmai dah girl lain yg dia usha.....




  • Then, laki tu ckp,
“Saya rasa kn, awk lebih cute kalo pkai bju nih, tak apa..tkar ar bju...lg slesa..tak pnas. (bju yg mmudahkan proses mengintai)”

Dlm hati girl tuh, “wokey....ni akn jd bju favourite akuh, ni..”.

Sbnarnya tak comel pown, girl tu pkai cam tu...sj je...sng skit boy tu nak lpaskan nafsu mata...dpt tgk sj pun ckup ar..tak dpt pegang pun tak apa..imagine jew sndiri..




  • Bila boy tu sembang...dia cuit bahu girl tu..
dgn slamba, “kita kan kwn....”.

Pd hal....dlm hati... “wah....lmbut giler bahu minah ni...kalo ak dapat pluk nih...gerenti esok dpt baby....”.

Come on la girl...prmpuan jnis apakah anda andai sng2 dpt dipegang sana sini??? 


  • Bila cintanya ditolak, laki tuh ckp..”its ok... I always waiting for you. Hope still dpt jd bestfrend awk..”
Dlm persahabtan tuh, dia slalu jln2 ngn girl tu mrata-rata tak knal siang mlm...Biasa la...member, kan.....????

Pd hal, kalau btul dia cintakan girl tuh, dia akn cuba jg maruah girl tuh.

  • ok....this boy mmg baik ar..dimata pmpuan... Ayat dia ckup harmoni...
“wak...jom jalan2...borink giler. Dah beku otak nih, study...”.

Girl tu ckp... ”ok...tapi saya bwak kwn bley tak?takut nnti org pikir apa plak.”

Dgn pnuh gntleman... ”apa slhnya...sgan la plak, kalo kita berdua je..”

girl tu mmg terharu n dlm hati, "so sweet....really understanding..".

Kat sini mmg slalunya girl terpedaya n cair hbis ar...pd hal sbnrnya dlm hati laki...
sj jew...tnjuk baik....nampak ar cam hormat dia...bdak uia la ktakan...hah,hah,hah...”



Mmg nampak SEPERTI rekaan n agakkan smata2... Girl akn ckp,
“tak smua laki cam tu, kowt...”.
Dan kalu tny llaki, llaki tntu tak akn mngaku. Tapi ingt2lah pesanan Rasulullah.. Apakah ciri plg jelas tuk knali lelaki yg baik... Siapa lbih bnr, Rasulullah ke..bf anda???



Wahai saudari...sbnarnya anda jarang sdar...mudah sgt nk knali n bezakan antara llaki yg baik dgn yg jht...mmg anda tak bleh bca air muka kami...jd Rasulullah ajar anda..Anda sj yg tak prasan...

Rasulullah pernah berpesan, 
“wahai lelaki, tundukkanlah pandangn mu...jagalah mata mu”.

Lelaki yg baik akn sntiasa menjaga pndangn matanya..

Cirinya sgt mudah dilihat, tapi sangat sukar ditemui... 

Girls...cuba fikir balik...apa hadiah istimewa yg mampu anda brikan kpd suami anda nanti.. hadiah yg mampu bezakan antara dia dr lelaki2 lain, andai tubuh anda dah pernah disentuh oleh rmai lelaki...

Lelaki mana pun...akn terasa andai dia tahu, 
ok...dlu bini aku ni pnah kluar dgn this guy...this guy tahu apa favourite dia...slalu shopping n jln2 dia suka jln dgn this guy kt skian2 tmpat..suka mkn apa..dia ketawa cam mana.....




“Lelaki...pikir2 ar skit bro...kalau kamu nak bwak anak dara org n wat dia cam bini kamu, kahwin ngn dia...ko angkut dia kesana kemari... esok dia tu jadik bini aku...walaupun aku tak jangka n ikutkan tak nak pown, tapi dah itu takdir aku! aku tak nak hampas beb. Sape nk bekas ko??walaupun ko tak pnah sntuh dia!”...

Ok....alright..alright.....smua llaki akn ckp cam tu..for sure..kalo kita dah tahu n nmpak sorg mamat nih ber'romantic' dgn girl yg akn jd istri kita... Mmandangkan kita tak tahu siapa yg akn jd isteri kita, so...jgn buat mcm tu kt ank org...fikir2 ar sndiri... Kita ni Islam....Nak ke...kna cam tuh?  B4 kahwin...ada jantan mna2 ntah bwa isteri kita ngn pnuh drama mcm bju dia??


Wahai gadis....ingatlah..sesi perkenalan sblum perkahwinan hanyalah sewaktu dalam pertunangn..

Dlm Islam, tak penah wujud istilah “cop”, “couple”, “dating”, dsb..yg wujud hanyalah pertunangn n pernikahan...


Jgn skali2 anggap, 
“k...aku mmg jahat, so ssuai ar ngn mamat nih. Keluar sma2 pown tak pe ah..dah dua2  jht...lg pown nanti ak nk kawin ngn dia jg..”.
Ssungguhnya jodoh pertmuan i2 di tangn Allah...
Once andai anda dpt suami yg baik....menyesal pun tak guna...yg pasti...anda cuma akn rsa kesal dan bersalah seumur hdup....Pasti tak ada seorg pn manusia rela hdup dgn rasa ksal..


Stiap insan itu pernah mlakukan kesalahan...andai telah terlanjur...bersamalh kita bertaubat kpdNya.. Allah sntiasa bri pluang tuk kita brubah slagi Dia izinkan jantung kita berdenyut.. Kita tak tahu bila ia akn berhenti...Disaat denyutan itu berhenti..maka tamatlah masa yg Dia bg tuk kita...


 by Abu Al Mu'minun 

Girls.....jdlah mutiara asli...sgt sukar ditemui..apatah lagi ditatapi....Wallahua'lam..



so0 cweet..

Ikhlas ye sayang~~~~


assalmualaikum...
bz sikit..tapi nak update jugak entry...saya adr terbace..so tak salah nak share ngan kawan.kawan kan?sedikit entry untuk hari ini yer...
Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh meriah….semua kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yg berbahagia tersebut. Suatu acara yg luar biasa dan sungguh meriah. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dngan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yg memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh2 sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kpd isterinya:

“syg, abg baru membaca sebuah artikel dalam majalah tntang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut”…

“masing2 kita akan mencatatkan hal2 yg kurang kita sukai dr psangan kita. Kemudian, kita akn mmbahas bgaimn kita mgubah hal2 trsebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia…”

Isterinya setuju dan mrk mula memikirkan hal2 dr psangannya yg tidak mrk sukai dan berjanji tidak akn tersinggung ketika psangannya yg mencatat hal2 yg kurang baik krn ia adlah untuk kebaikan mrk bersama. Malam itu mrk sepakat utk berpisah tidur dan mencatat apa yg terlintas dlm benak mrk masing2. Esok pg ketika sarapan, mrk sedia membincangkannya.” Abg akan mulai dulu ya”, kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Bnyk sekali yg ditulisnya, sekitar 2 muka surat…..ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yg tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan isterinya tertunduk dan sedikit air mata bergenang di sisi matanya…mgkin ada sedikit kesedaran pd perwatakannya sebelum ini tanpa disedari….

“ maaf sayang, apakah abg harus berhenti?” tanyanya. “Oh tidak, teruskan…” jawab isterinya. Lalu si suami melanjutkan membacakan senarai.

Giliran sayang…abang sedia mendengarnya”..dgn suara perlahan dan tersekat-sekat isterinya berkata, “Maafkan sayang…sayang tidak mencatat sesuatu pun di atas kertas sayang.syg fikir bahawa abg sudah sempurna di sisi syg. Dan syg tidak ingin mngubah akn diri abg. Abg adlah diri abg sendiri. Abg hensem dan baik hati di sisi syg. Tidak ada satupun drpd peribadi abg yg syg dapati kekurangannya. Syg cintakan suami syg yg dulu, sekarang dan selamanya selagi hayat syg. Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya…bahawa siisteri menerima dirinya seadanya.

Dia kemudian tertunduk dan mengalir air mata.

Sebelum kita mencari kekurngan org lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dgn org lain????kalau jawapannya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Krn tiada manusia yg SEMPURNA dlm dunia ini dan sentiasa ada yg perlu diperbaiki..

Hakikatnya org2 yg menyayangi diri kita krn klebihan kita dan menerima sgala kelemahan kita, sudah pastinya org ini adlah sgt ikhlas menyayangi kita…


p/s:diambil dari note seorang sahabat di fb

KENAPA WANITA MENANGIS?



assalamulaikum....agak2 kamu la ye kenape wanita mengis?wanita mengis bersebab...saya search google dan saya jumpe bende ni. so ape kate kita share fakta ni
Seorang anak laki-laki

kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"


Allah berfirman:


"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."





Buat pemuda pemudi siswa siswi IPTA IPTS sijil diploma ijazah master PHd dan sebagainya....



Bagi yang sedang bercinta / jatuh hati pada seseorang tapi xmampu nak berkahwin, tolonglah bace yee… (Isu panazzz yang lebih hangat daripada biasa ) hehe..

********************************************************************


1. Saya daa ter`jatuh’ hati kat die laa… camno ni?
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32
"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas
“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.
Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar

2. Aiyaak, tapikan saya x cukup duit laaaa nak
kawin..huhuhu

“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.
Surah An-Nur : 33
Rasulullah S.A.W bersabda :
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.

3. Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin,
tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn
org lain.…melepas arr saya nanti T_T

Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."


Surah Al-A’raf : 128
“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”

Surah Al-Hajj : 40
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.

Surah Al Insyirah : 5-6
Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.
Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..

4. Tapi saya daa syok abes kat dia.. I can’t live
without him/her..

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
Surah An-Nur : 30
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.
Surah Al-Jatsiyah : 18
“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
Riwayat Bukhari

5. Ala.. saya bercinta bukan selalu pon dapat jumpa
dia.. dia duduk jauh.. kite orang xpernah pon
berdua2an…

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.

Surah Al-Isra : 32
“Pandangan adalah panah beracun dari panah-panah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.
Musnad Ahmad
“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.
Riwayat Bukhari Muslim

6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya
pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia
seorang je yang boleh terima saya..

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.

Surah Yasin : 36
“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.

Surah Az-Zukhruf : 12
“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.
Surah Ar-Rum : 21


7. Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up
lah saya camni!

Abdullah Ibnu Mas’ud pernah berkata :
“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.
Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :
“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.
Riwayat Ibnu Majah.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.
Riwayat Abu Mansur Al-Dailami

duhai pemuda pemudi siswa siswi IPTA IPTS sijil diploma ijazah master PHd Kesimpulannya

Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alasan untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin… lepas kahwin nak layan sangat perasaan cintan tuh tiada siapa nak halang..Kalau x mampu, tiada cara lain, didiklah diri agar nafsu tidak mempengaruhi diri ini.. berdoalah kepadaNya dan pintalah, kerana sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat meminta pertolongan..

Tidak dinafikan, memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang bertaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!
Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI dan PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita..ingatlah, ’bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’…

setakat ini sahaja..semoga kita memperoleh sesuatu hari ini, dan mampu membentuk benteng kesedaran dalam diri kita semua agar menjadi dapat mendidik diri ke arah mendapat keredhaan dariNya..InsyaAllah..