BLOG DITUBUHKAN PADA ---> "18/4/2011" DI KOLEJ KENANGE K103 SHAH ALAM DAN COMPLETE JAM 5AM

Cikgu Sayang Kamu

Saturday 30 April 2011

kalau org tye...boleh la cikgu cakap lagu ni...

selamat malam....
ai takkan nak tido da kowt...meh la sini cikgu nak citer..ceciter..ceciter.. 
(sambil tgn dihayun dengan lemah dan gemalai...)
minggu lepas cikgu da angkut sume barang2 cikgu balik umah...sume2 la..dari yang kecik2..sampai la sebesar alam...ok sila abaikan apekah yg besar itu. sebab yang besar gedabak itu adalah selimut cikgu.then cikgu balik umah. mulelah cikgu jadi anak dara yang palaing rajin didunia. semu keje cikgu buat. contohnya buat sepah taknak kemas. membuta sampai tengahari..sehinggalah tgok tv sambil makan epel. ok mmg pemals cikgu cinta ni. tah camne leh dapat gelaran cikgu cinta tah.
then petang keesokan harinyer kowt...ke ptg after balik tah. cikgu lupe la ok abaikan. cikgu tanam pokok belakang umah.cikgu korek tnah...then cikgu tanam pokok.pastu ader la jiran cikgu namenyer puan magesh kuar..then dia nampak cikgu...nak tahu dia kate ape?eh bukan cikgu yang ckp yer...dia yg cakap..nak tahu dia ckp ape?dia ckp ni
"sudah hbis blaja ka....sudah balik...sudah putih ya sekarang...."
aik...so selame ni cikgu gelap la yer??toing..toing..toing!!!tetibe rase macam kua mentol jer kat cikgu punyer kepala.cikgu teringat yg cikgu pakai garnier hehhe...pasni kalo org dok tego nape cikgu putih semacam macam jatoh dalam belas tepong leh la cikgu cakap cenggini

"usia??ramai yg tak percaye"

eh!!!silap ni trademark safi patotnye cikgu cakap cenggini

"kulit 2 tona lebih cerah...ukurlah sendiri" 
 


JOM BLOGWALKING

assalamualaikum...

welcome back murid2....hari ni kene stat kelas sebab ape?dah seminggu kan kelas cikgu cinta ni bercuti..ngeh..ngeh...ngeh...

rini cikgu baru dapat brodband..yeayyy!!!rse nak lompat n guling2 atas katel...hehhehe...sebab dapar brodband.so nak bls dendam nak post entry sejuta..leh tak?bia sume org bosan ngan cikgu cinta. then nak post banyak2 kat sahabat balogger hehhe...bia kene spam!!!

em..so lagi sejam...nntikan entry2 terbaik dari cikgu cinta yer...bukan mengenai cinta..tapi mengenai "keputihan" keputuhan apakah?oh..tidak2!!!jgn la berfikiran kotor murid-muridku sayang...yer...ini entry terjamin mutu dan keberkesananya..dan positive serta ditakini oleh jenama yamaha...erk...sorry merepek maybe sebb cikgu tak mandi dari pagi tadi

(^_^)

Belajarla menjadi pensil cu...





Seorang nenek menceritakan perihal sebatang pensil kepada cucunya.


"Cuba cucu lihat dan pegang pensil ini" kata nenek sambil memberikan pensil itu kepada cucunya. "Pensil itu hanya bergerak ikut arahan dan gerakan kita. Pensil ini juga mempunyai berbagai kualiti seperti yang terdapat dalam diri kita".


Begitu juga dengan ...kita. Kita digerakkan dan dipandu oleh sesuatu yang berkuasa kepada kita. ALLAH SWT yang menjadikan kita. Kita digerakkan dan diberi arah panduan olehNya. TanpaNya kita statik dan kaku.


Kedua, pensil ini perlu ditajamkan supaya ia menjadi lebih berkesan. Sekalipun perit sedikit kerana diasah namun dia menjadi lebih berguna dan efektif. Begitu juga dengan kita yang sentiasa perlu mengasah dan menajamkan diri kita dengan ilmu dan kemahiran supaya menjadi lebih berupaya.


Ketiga, menulis dengan pensil membolehkan kita memadamkannya jika terdapat kesilapan. Membetulkan kesilapan bukanlah sesuatu yang tidak baik tetapi membawa kita balik kelandasan yang betul dan lebih baik. Input kesilapan dalam minda kita perlu dipadamkan dan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.


Kualiti keempat, sebatang pensil ialah bukan kayu yang menjadi kulit luarannya. Yang penting pada sebatang pensil ialah "carbon" atau "graphite" didalamnya. Tanpa "carbon" kita tidak dapat menulis. Jadi pada kita yang penting ialah bukan luarannya, tetapi apa yang berlaku didalam diri kita. Kita perlu teliti dan kawal minda kita.


Kualiti yang kelima ialah sebatang pensil yang digunakan dengan baik akan meninggalkan tanda yang hebat - cerita, sajak, cerpen, pengkisahan sejarah, perancangan perniagaa, dll. Kita juga akan meninggalkan legasi satu hari nanti. jadi tinggalkanlah legasi baik yang akan dikenang sepanjang zaman.