BLOG DITUBUHKAN PADA ---> "18/4/2011" DI KOLEJ KENANGE K103 SHAH ALAM DAN COMPLETE JAM 5AM

Cikgu Sayang Kamu

Tuesday 19 April 2011

Kelas Pertama Cikgu Cinta


assalamualaikum...

selamat pagi cikgu!!!selamat pagi cikgu..diikuti suara  murid2. eleh macam tak biase jek bg salam kat cikgu. mentang2 la da besau panjang kan...hahhaha. okeh lupe plak. buat blog trus bg keje kat anak murid lupe nak mukadimah sikit pasal cikgu. ehem2 cikgu single lagi ok. :P

okeh murid2 sehat. macam biasela masuk kelas. sume nak bising. kalau boleh semua nak cakap. cikgu jerit

"kelas...senyap!!!" sambil hentak2 meje ngan pembaris panjang ngan wajah yang cover ayu pon. takde sape nak dengar sume sebok hal masing2.cikgu tak kire cikgu nak wat gak ice breaking. dengar ke tak dgr ke korg punyer pasal :P

nama : cikgu cinta ( mmg dalam ic tulis camni.)
umur : 2 + 2 = 4
jantina : kompem pompuan..tanpa was-was. dijamin oleh lembaga getah malaysia
hobi : jeling orang+pakai tudung bawal

aish...time ni la korg same sebok nak becakap. bg cikgu cakap sampai hbis dulu boleh tak??ape??tak boleh. eleh. ha cakap2.ape?no tepon cikgu?mane boleh. jgn nak gatal2!!!

adoi..byk la plak soalan..cikgu da kawen ke blom..kalau blom. mesti ader pakwe..cikgu anak no bp??then terdengar suara2 sumbang kat blakang.

"cikgu abg saya mint kat cikgu"

so cikgu pon tersipu2 malu.sambil muke mrah padam. then student tadi smbung. abg nampak cikgu kat canteen skolah. cikgu tgah makan aiskrim. abg kate cikgu comel!!!ump...so cikgu pon rase bermint nak tahu

"abg awak umo bp??"
.
abg sy dajah 6 cikgu. 6 Gatal. Dia kate mesti best kalo cikgu aja kelas dia. adoi!!!kene setempek.ok2..kamu ni nakal2 yer semua

kringggGGGG!!!!!!!!!

loceng skolah bunyi.kelam kabut murid keluar kelas.ok mungkin sampi kat sini saje.cik aja subjek ape?yeah!!cikgu nak ajar subjek pilihan rakyat malaysia. lagi hot dari subjek biologi dan kimia. subjek cinta. ape itu cinta?nnti kite selongkar same2.ade yang nak bg jadual kelas kat cikgu tak??ape??kelas malam. nanti cikgu pk ok.

hah kamu!!yang angkat beg tu..kamu la..yg senyum2 kambing tu...perkenal kan diri cepat!!!malu2 plakss...ngeeee~~~~~~~


Lelaki Lebih Suka Pada Wanita Jenis Ini



assalamualaikum..sedikit entry
(padahal da byk kan yg cikgu wallpost??hehehe amik entry dari blog lame cikgu!!tak baik membazer)


si lelaki bertemu si gades....
awak..jom keluar mlm nie.. keluar sekejap jer.. pergi makn.. bosan lah..
tp.. jawapnya si gades. xleh lah.. =D


si lelaki lebih tersuke perempuan mcm nie..


si lelaki msg si gades....
awak...assalammualaikum..dh makn??...ngah wat apa... 
1jam kemudian.. tiada jawapn...


si lelaki lebih tersuke perempuan mcm nie..


si lelaki tepon si gades....
tet..tet..tet..tet... 
last2..operator yang jawb..
call again n operator juga yg menjawb..


si lelaki lebih tersuke perempuan mcm nie..


si lelaki pandang si gades dan dier memaling kn muka nya.


si lelaki lebih tersuke perempuan mcm nie..




si lelaki comment kat wall dier..
dier comment balik.. dan aku comment balik.. then tetibe dier stop..
si lelaki menunggu dan masih tiada notification..


tetibe aku lebih tersuka perempuan mcm nie..


jadilah wanita seperti epal diatas pokok yang merah masak dan ranum. cantik utk dipandang tapi sukar utk dimiliki




-Muhasabah Diri-

bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberi-Nya.Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan.Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacingdan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi..

-Muhasabah Diri-

Islam tidak melarang manusia dari rasa cinta tapi mengarahkan cinta pada real
yang menjaga martabat kehormatan,baik wanita mahupun lelaki
Kalau kita jatuh cinta harus hati-hati kerana ia seperti minum air laut,semakin diminum semakin haus

Cinta yang sejati adalah cinta setelah akad nikah
Selebihnya adalah cubaan dan fitnah sahaja;)

Mengapa Cincin Perkahwinan Harus Disarungkan Di Jari Manis? .



assalamualaikum....
petang ni sambil makan nasi..ape kate belek2 sikit jari manis...ader cincin or tak..ataupun...pakai cincin kat jari hantu?hahah tak senonoh betoi'

Biasanya, kalau kita melihat orang mengadakan pernikahan, mesti kita akan melihat cincin itu akan disarungkan dijari manis. Banyak manusia yang tertanya-tanya, kenapa mesti disarungkan dijari manis dan bukan dijari yang lain? Adakah korang tahu?

Ada mitos yang mengatakan bahawa ibu jari mewakil ibu bapa kita, jari telunjuk  mewakili adik beradik, jari kelingking mewakili anak-anak, dan jari manis pula mewakili pasangan hidup. 

Setiap manusia pasti mengingikan pernikahan mereka kekal selama-lamanya sehingga akhir hayat manusia. 

Untuk membuktikannya kebenarannya. Korang cuma ikuti setiap arahan dibawah ini.

Jari kanan dan kiri dicantumkan mengikut setiap jari.Kemudian, jari tengah korang dimasukkan kedalam 

Selepas tu, korang cubalah leraikanlah ibu jari korang daripada bercantum. Ibu jari mewakili ibu bapa kita boleh terlerai, kerana kita akan membentuk suatu keluarga baru. Dengan itu, kita akan membentuk kehidupan baru yang terpisah dari orang tua. 

Cantumkan semula ibu jari korang. Kemudian leraikan jari telunjuk korang pula. Jari telunjuk mewakili adik . Jari itu boleh terlerai kerana mereka akan memiliki keluarga dan kehidupan sendiri yang terpisah dengan korang. 

Tutupkan kembali jari telunjuk  dan buka jari kelingking korang tu. Jari Kelingking  mewakili anak-anak korang. Ianya juga lebih mudah untuk dileraikan. Cepat atau lambat, suatu masa juga anak-anak korang akan membina rumah tangga dan akan berpisah dengan korang. 

Seterusnya, tutupkan kembali jari kelingkin korang.  Kemudian leraikan jari manis korang, jari untuk korang menyarungkan cincin perkahwinan tersebut. Korang akan berasa hairan dan tertanya-tanya, mengapa jari kelingking tersebut tidak boleh dileraikan? Jari manis ini mewakili suami atau isteri. Maksudnya, Korang akan terus hidup bersama-sama didunia ini dan korang akan terus bersama dalam menjalani kehidupan yang kekal abadi.
              Itulah jawapannya, mengapa cincin kahwin disematkan dijari manis. Sama ada benar atau tak, masih tak pasti lagi. Sebab ia adalah sekadar mitos sahaja.

              nanti ajar bakal suami yer!!!

              Untuk Wanita---Kaum Kesayangan Rasullullah...


              
              Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :

              1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.

              2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

              3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.

              4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.

              5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

              6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

              7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.

              8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.


              PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??

              Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…

              makanya..


              Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.


              Satu:
              Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?


              Dua:
              Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.

              Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.


              Tiga:
              Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.


              Empat:
              Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:

              Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.


              Lima:
              Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:

              Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.


              Enam:
              Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :

              Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.


              Tujuh:
              Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang

              fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

              ♥♥♫♥♫♥♫♥♥ SEBERKAS CHENTA ♥♥♫♥♫♥♫♥♥



              ║║♫═╦╦╦╔╗
              Jika kita mengetahui rasanya disakiti orang lain, maka hendaklah
              ♫╚╣║║║║╔╣
              kita JANGAN sesekali menyakiti orang lain.Dan jika kita mengetahui
              ╚═╩═╩♫╩═╝
              BAHAGIAnya dikasihi orang lain maka hendaklah kita sentiasa MENGASIHI orang lain juga..◕

              Syukran...Salam Ukhwah!!!

              Assalamualaikum....

              syukur ke hadrat Ilahi...dengan limpah dan kurninya saya masih berada disana...saya sungguh tak sangka entry ukhwah dialam cinta mendapat sambuatn yang menggembirakan hati saya. sebab ramai yg like. temp0h saya menyediakan blog baru ni tak sampi  24 jam.atas bantuan teman saya

              semuanya kerana gara-gara terdelete url blog lame. saya sayang blog lama. tapi blog lama byk menceritakan kisah diri sy. untuk tatapan umum. kali ini. dilahirkan kembali sebagai

              "CIKGU CINTA"



              terima kasih diantara yang sudi menyokong saya . anda semua adalah nadi blog baru ini bertahan lama :) syukran. sy pun bukan la baik mane. tapi tak salah kan?artikel yang baik kite kongsi bersama?salam perkenalan kalo sudi add la fb saya :)

              Aku Lemah Dalam Pujukanmu....


              assalamualaikum....
              Alhamdullillah...saya dipanjangkan umur untuk berbicara soal cinta..tak tahu la sampai bila dapat berbicara soal ini lagi...opsss!!!

              wanita..adalah anugerah terhebat...

              Dulu.. Bila disebut wanita,Wajah si lelaki mnjadi keruan tatkala malu.Malu dgn si anak yg dilahirkn sbagai wanita.Si anaki yg layak tmpatnya berselimutkn tanah oleh si lelaki.
              Kini..Bila disebut wanita,
              Wajah si lelaki menjadi keruan tatkala malu.Malu dgn si anak yg dilahirkn cukup sifatnya.Si anak yg tlh mnempatkn dirinya pada pndgn mata nafsu.

              Dulu..Habil dan Qabil saling berbunuhan krn wanita.Sudah trbukti wanita ini pnuh fitnah dunia..Kini.. Wanita sggup menggadai segala2 demi kebebasan hdp.Sudah trbukti Dunia ini brada di hujung nyawa..

              Dunia hari ini tdak mmbeza salah mna2 kaum. Sbaliknya brbalik pada kaum trsbut. Lelaki.... atau Wanita....Smua nya pnuh rahsia alam.

              Wanita..
              Semua tingkahmu mnjadi perhatian.

              menjadi prhatian lelaki dengan
              >Lenggokmu yg menghayun kiri kanan,
              >Keseksianmu yg mencungkil mata lelaki utk menonjol keluar,
              >Pakaianmu yg serba kurg mnampakkn kulitmu yg gebu,
              >Kesolehahanmu yg mampu membuatkn kegetaran hati bagi yg tertmbat.
              Tiada beza lelaki mahupn wanita...
              Hanya iman sebagai penyelamat....

              Khayalan..Dunia Fantasi Alam Cinta..

              assalamualaikum...
              selamat malam....patot kene ucap selamat pagi ni :)

              harap kehadiran blog..yang penuh dengan ilmu fitrah manusia ni..dapat memeberi sumbangan idea pada semua..khayalan tingkat tinggi..aishhh...da macam lagu peter pan (tetttt!!!tak suke peter pan!!!)


              kacak nye si teruna....memikat hati si dara...hanya lelaki yang baik akan dianugerahkan oleh wanita yang baik. jadi kaum adam!!ayuh!!!jgn persiakan kaum wanita....jgn jdikan peratusan perempuan yang tiada dara meningkat. semuanya ditentukan oleh anda. saat anda melihat seraut wajah yang akan menguggat iman anda..katakanla..itu nafsu semata-mata...anda tidak perlukan cita. andai blum tiba masa nya lagi...ingat!!!

              Allah hanya memberi cinta pada org yang layak!!!dan takkan sesekali cinta diberi pada org yang tidak layak. jodoh dtg apabila sampai serunya..saat itu...kau dan aku bersatu..dengan ikatan yg lebih sah. renung-renungkan ye kaum adam..anda penentu kehidupan seorg wanita :)


              wanita..kaum hawa....jagalah dirimu sebaik mungkin..engat!!!pemakaian anda yang menjolok mata...akan melemahkan nafsu kaum lelaki..wajahmu yang menawan..mampu mencairkan hati seorg lelaki..anda buat..anda tanggung!!!

              cikgu takmo kate apa da..sekadar memberi nasehat...yang berkaple diusia muder..pandai2 la jage diri..jgn sampai syaitan menjadi kawan...cikgu syg semua...kerana anda adalah perhiasan di muka bumi Allah!!!



              saat pipi mu si adam menyentuh..maka begetar la iman si lelaki..ingin disentuh..lagi dan lagi..oleh itu...jg adab pergaulan...jgn terjerumus...hidup hya sekali..jgn dipersiakan peluang yang ada:)


              "Aku menyintaimu kerana agama,yang ada padamu,jika Kau hilangkan agama yang ada dalam dirimu,hilanglah cintaku padamu.."

              Tentang Cinta...

              ~tentang CINTA~ Bismillahirrahmanirrahim..

              . dengan nama ALLAH ar-Rahman+ar-Rohim...

              "tidak ada yg lebih baik dr 2 org yg saling mencintai melainkan bernikah"
              Cintailah DIA sebelum dia..... cinta itu adalah hadiah dr ALLAH... namun jangan mencintai hadiah melebihi pemberi hadiah.....

              ssghny saya tidak mengenalmu.... dan tidak tahu bagaimana dgn rupa parasmu.... namun kadang2 saya merasa rindu akan dirimu..... ya saudaraku... tiada permintaan khusus yg saya letakkan bagi dirimu..... kerna daku tahu daku xlayak meletakkn sebarang syarat..... daku hany Redho dgn kehadiranmu untuk mewarnai dan mengisi bahagian2 yg lompong dalam hidupku... ya saudaraku.... inginku ingatkan disini.... saya akan mencintaimu selagimana engkau mencintai tuhanmu..... jika cintamu terhadap tuhanmu sudah tiada,,,, maka tiadalah juga cintaku pada dirimu...

              cintailah DIA sebelum kamu mencintai diriku,,,, saya ingin kamu mencintaiNy melebihi segalanya,,,, dan saya berdoa dengan kehadiranku akn menambahkan lagi cinta akhi terhadap ALLAH,,,, ya akhi,,,, Redholah dgn kekuranganku,,, bimbinglah diriku,,,, nasihatkan sy jika sy terleka,,,, saya akan lebih mencintaimu jika engkau lebih mencintai Tuhanmu.... jaga iman ya akhi,,,, jaga pandangan dan hatimu,,,, biar nanti kita berkapel di alam rumahtangga.... agar lebih manis untuk dijalani,,,, dan diredhoi ALLAH.... Insya ALLAH....

               manisny bercinta selepas perkahwinan... kerana yg haram menjadi halal.... masing2 menjaga hati,,,, agar pasangan kita akan mendapat hati yg belum tercemar.... ~no kapel b4 married ya ALLAH... kurniakandaku insan yang melabuhkan cintany padaMu... kurniakan daku insan dapat membimbingku.... Ya Rahman,,,, teguhkan hatinya dan hatiku,,,, agar kami dapat menjaga hati2 kami drpd dicemari dgn yg Haram

              ~manisnya CINTA dengan mencintai CINTA yg sebenar2nya~ so murid2...(^_^) apa lagi,,,, say no to couple..... wallahualam.... ~salam Mujahadah~

              @>------ kesholehanmu adalah nyawa dari Mahar itu, bukan byak jumlahnya harta dlm mahar jg bukan mewahnya pesta pernikahan. krna smua itu akn sia²  keSholehan ya Ukhti.!! Ingat itu ! agar snyummu selalu 
              mengembang..brsm mentari pagi yg terbit indahNYA.. ===

              Covering my head means people don't need to ask me who I am? They already know I'm a believer of Allah Swt! I'm a Muslimah!

              Ukhwah Dialam Bercinta

              assalamualaikum...
              selamat malam...

              syukur ke hadrat Ilahi..kita masih berkesempatan untuk menyatakan cinta padanya...entry KAPLE ITU HARAM wah...cikgu dikomen hebat oleh.saudara kita faris. hmmmm....berfikir sejenak yer faris...dengan komen anda itu tadi...



              tak salah bercinta..mana mungkin kita sesama manusia dapat membuang fitrah yang telah dijadikan..untuk dikasihani dan dimanjai. tapi biarla berpada-pada..

              Kepada yg masih SINGLE...
              Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, ma
              kin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

              Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN...
              Cinta bknnya mencari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

              Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

              Kepada yg PATAH HATI...
              Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

              Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA...Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

              Kepada yg ingin MENGUASAI...
              Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

              Kepada yg takut MENGAKUI...
              Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya. 

              Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI...Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan. 

              Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnye.....

              p/s : cintailah seseorang yang halal untukmu, nescaya dirimu akan mengecapi kebahagiaan dunia dan di akhirat..cintailah seseorang itu kerana agamanya...dan cintailah dia namun jangan membatasi cintamu kepada Allah swt.

              COUPLE=DOSA



              Satu lagi pembacaan cikgu yang membuatkan cikgu tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini...
              **********************************************************************
              1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn  
                  awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan..
                  ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…
              2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat.
                  Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…
              3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk 
                  contact sy ek..sy doakan awk selalu..
              4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy 
                  percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa
                  awk  mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau..
                  tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love
                  u too..
              5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?
              6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy
                  tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby
                  sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..
              7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan ..
                  tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..
              8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang...
                 ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so
                  jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai..
                  mmuahh!
              9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love
                  u.... ..
              10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm 
                    hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..
              11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x
                   caye kat abg eh.. huhu..
              12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg
                   x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..
              13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh
                    xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..
              14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik
                    ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske
                    kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite..
                    syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..
              15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je...
                   huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…
              16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg
                    yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg
                    la..
              17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg
                    janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...
              18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg..
                    Thank 4 being understanding. .
              19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?
              SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...
              ****************************************************************
              20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat
                   dah mengandung, check balik k..
              21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan
                    kandungan tu.. gugurkan k..
              22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan  
                   jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!
              23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..
              24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or
                    member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..
              25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu..
                   bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau..
                   kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!
              26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...
              27.(terputus hubungan)- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..- si lelaki
                   mencari mangsa baru..- dan kejadian terus berulang..
              ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...