BLOG DITUBUHKAN PADA ---> "18/4/2011" DI KOLEJ KENANGE K103 SHAH ALAM DAN COMPLETE JAM 5AM

Cikgu Sayang Kamu

Monday 18 April 2011

Tudung Akhir Zaman....



assalamualaikum...
cikgu jumpe ni kat fb kawan cikgu yg agak2 alim...cikgu nak share la..cikgu ni pon nak kate perfecr bertudung tak la....pakai tudung..tapi ader gak yang tak sempurna. kat sini cikgu nak share la sikit kat kowg..jdkan pedoman..yang tak elok jadikan sempadan  ok....

**********************************************************************

1. Tudung ‘Mickey Mouse’ -
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2. Tudung Lilit -
Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3. Tudung ‘See Through’ - 
Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat, kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.

Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4. Tudung Jambul -
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

5. Tudung ‘Singlet’ -
Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum. Tiada kelongaran hukum tentang
penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6. Tudung Saji - 
Sekejap pakai, sekejap tidak. Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung
mengikut keperluan situasi.

2 Anak Murid Conteng Papan Hitam:

fRaMe+LenSeS said...

makan dalam ni. ahaks. .:D anyway nice one. this shud be published everywhere, who knows kan, ppl might opened their hearts for some changes.. ;) amin yarabbal alamin.

a kamsan said...

nice entry cikgu....
keep it up...
sekadar memberi pandangan...
jenis tudung yg amat meluas penggunaanya skrg iaitu

2.tudung lilit

bleh dkatekan mjoriti memilih tudung sebegini tanpa rasa bersalah menayangkn bahagian dada mereka...
kpd wanita ..silalah jaga dan pelihara keistimewaan anda..