BLOG DITUBUHKAN PADA ---> "18/4/2011" DI KOLEJ KENANGE K103 SHAH ALAM DAN COMPLETE JAM 5AM

Cikgu Sayang Kamu

Saturday, 23 April 2011

Cintaku Ibarat Sepohon Pokok

aku ingin jadi tempatmu untuk berteduh..
di kala hujan lebat mahupun panas mentari..
juga aku ingin menjadi tempatmu bersandar..
untukmu menikmati keindahan pelangi petang yang berseri-seri,,

meskipun pada satu hari nanti,,,
jika takdir jodohmu untuk orang lain..yang pastinya dia yang jauh lagi baik dariku..
jangan menyesali nasibmu kerana terpaksa melukakan diriku,,
aku tidak sekali-kali memerlukan belas kasihan darimu,,,
lebih gembira jika kumelihat dirimu bahagia bersama dirinya,,
walaupun hatiku sangat sakit,,terlalu sakit,,teramat sakit,,
kerana gagal memilikimu,,,
gagal membahagiakanmu,,

namun,,
janganlah kau bimbang,,,
kau sudah mengerti akan diriku...


tiada yang akan sanggup berteduh di bawahku,,
juga tiada yang akan sanggup bersandar padaku,,
kerana aku tidak seperti pepohon lain...yang rendang,,
hanya satu dahan yang kumiliki,,
aku tidak dapat menahan kesemua tempias hujan dari mengenai sesiapa yang berteduh di bawahku,,
tidak jua dapat menahan kesemua terik panas matahari dari mengenai sesiapa yang berteduh di bawahku,,

aku kecewa kerana kelemahanku ini,,,
namun,,
aku sentiasa berharap kau sentiasa setia bersamaku,,


tetapi,,
andai kata kau terpaksa jua meninggalkanku,,
pergilah,,janganlah ditoleh lagi ke belakang,,
aku masih tetap setia di sini..
tidak berganjak walaupun seinci,,
apabila kau gembira,
mungkin kau sudah punya seseorang untuk kau berkongsi suka,,
namun,,
apabila kau bersedih,,
dan tiada siapa yang mahu berkongsi denganmu,,,,
aku masih di sini,,,
datanglah,,,
aku sentiasa menunggu,,,

sekurang-kurangnya,,,
kau masih punya sesuatu yang boleh dikongsi denganku,,,
aku akan setia mendengar luahanmu,,
rintihan hatimu...


ada yang tersirat di sebalik apa cerita ni,,
semuanya berkaitan kisah kita berdua.. =)

2 Anak Murid Conteng Papan Hitam:

man said...

setiap pohon ada kelebihannya...

Black_roses92 said...

jangan ditangisi segala kejadian..
kerna DIA mengerti segala yang berlaku..
Jika aku bukan untukmu..
Tidak bermakna diriku hina..
Juga tidak bermaksud kau dina..
Akan tetapi kerna ada insan yg lebih baik ditakdirkan olehNYA untuk kita berdua.. :)

p/s: ni tak ada copy paste ye. khas untuk kak zue. menyatakan saya rasa saya mengerti maksud disebaliknya.. :)

http://black-roses92.blogspot.com/2011/04/assalamualaikum-lama-sudah-jemari-ini.html

;)