assalmualaikum.....
da makan?ape?lom makan lagi?bukan sekarang da time rehat ke?pi makan kat canteen skolah ngeee~~~hari ni cikgu makan nasi ayam. 3.50 jek...cukup murah untuk berada di shah alam. dan esok akan dibelanje sebab dah nak hbis praktikal hehhe...
ok hari ni..nak ceritakan 1 cerita yang sgt menyayat hati. nak bace?ok jom bace....tapi kene bunjer cikgu cekelat angin dulu..ngan nyayi lagu soley~~~soley~~~
***************************************************************
Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku dalam hidupku beberapa tahun yang lalu. Kisah tragis yang membawa aku ke kotaraya ini. Aku mengenali Farhana sejak kecil lagi, kami berjiran. Rumahnya hanya selang 3 rumah dari rumahku. Dialah rakan sepermainanku, dialah temanku ke sekolah.
Walaupun usia ku 3 tahun lebih tua darinya, tidak menghalang untuk kami sama-sama mengulangkaji pelajaran. Kalau tidak di rumahku, pasti dirumahnya. Ayah dan ibu kami tidak pernah menghalang hubungan kami. Hubungan kami sejak kecil berlarutan hingga dewasa. Semakin lama kami semakin akrab, akhirnya aku akur yang sebenarnya aku sangat menyintai dia.
“Farhana, aku terlalu menyintaimu!”.
Hanya itu yang bermain difikiranku setiap hari.
Pada suatu hari dihari lahirnya, aku telah menghadiahkannya sebuah kek yang Ku buat sendiri khas untuknya. Dia sangat terharu dengan pemberianku yang sungguh istimewa itu. Aku telah berterus-terang dengannya mengenai perasaan cintaku padanya dan hasratku untuk! melamarnya.Ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan. Dia juga sangat menyintaiku. Kami telah sepakat untuk membina mahligai bahagia bersama.
Hasrat murniku telah ku suarakan kepada bonda tercinta;
“Ibu, Syah nak tanya sikit boleh tak?”. Aku memulakan bicara, sebaik saja selesai menikmati makan malam.
“Apa dia sayang?”.Balas ibuku lembut. “Syah rasa………Syah nak kawin la bu……..”, dengan perlahan aku suarakan apa yang terpendam.
Aku hanya tunduk menanti reaksi ibu.Betul ke ni Syah? Gadis bertuah mana yang jadi pilihan Syah tu?”.Aku jadi lebih serba-salah. Perlukah aku berterus-terang sekarang? Ah, aku mesti mencuba.
“Syah nak kawin dengan Farhana.” Aku semakin pasrah, apa nak jadi-jadilah.
Tiba-tiba pinggan yang ibuku tatang sedari tadi jatuh berderai.
“Kau dah gila ke Syah? Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau sedar tak kita ni siapa, dia tu siapa?” Tempik ibuku memecah kesunyian.Tak pernah aku lihat ibuku semarah itu selama hidupku.
“Tapi ibu! Syah sayangkan dia, Syah tak sanggup nak berpisah dengan dia. Sejak kecil lagi Syah berkawan dengan dia, salah ke kalau Syah nak kawin dengan dia?”. Aku cuba memujuk.
“Tidak! Kau jangan nak jadi anak derhaka Syah! Ibu tak rela!”.
” Tapi ibu…….”. “Tiada tapi-tapi lagi, kau mesti putuskan hubungan Dengan dia………”, suara ibu semakin perlahan. “Dari kecik ibu bela kau Syah, tak pernah ibu bantah Apa saja permintaan kau nak.
Tapi kali ini, tolonglah faham. Kita ni kambing Syah……… kau sedar tak yang kita ni kambing?…… mana boleh Kambing kawin dengan ayam?”. Air mata ibu jatuh berderai. Aku hanya terkedu, memang benar kata-kata ibu.
Aku pasrah. Farhana……… aku tetap sayang padamu, Walau kau dilahirkan sebagai seekor ayam.
SEKIAN.
Ha jgn marah cikgu…kalo xsuke senyum jer..even cam kambing pon..ngee~~~
9 Anak Murid Conteng Papan Hitam:
Blogwalking...
goreng pun sedap..haha (Demm!! tertipu)
dah feel baik punye
haha
skali=P mmg tpah tertpu
as salam...
oo..macam dapat tangkap cerita ni. ada kaitan dengan entri2 kat onlymezue tu ke?
huhu~
yup. agak jiwa kaucau. saya baca tapi tak drop komen. semua entri2 jiwa kacau kat onlymezue tu
.hehe~
setakat ni ok.
takde lagi jiwa2 kacau2.huhu
sebab tu saya letak zue dalam bloglist 3 teratas~
ohoho~ rindu> ok. blog tu boleh simpan. jadi kenang, kenangan~
huhu..kalau tak nampak kat sb, memang saya pun tak tahu. diam2 cepat2 cari link.
hehe
=)
semoga berjaya dengan yang baru ;)
kuatkan semangat~
x dpt imagine mcm mna mak syah tu pegang pinggn...
peergghhh tak sangka gua boleh terpedaya! cis
cehhh !
dah menghayati da last2 .... huhuh !
err...mak kambing tu makan dalam pinggan ekk..hehehhehehe
Post a Comment